Ya...dan..

ASSALAMUALAIKUM..

Aku tau tak kan ada siapa baca.. so aku boleh cakap apa aku nak kat sini . Susah nak di luah dengan kata-kata sebenarnya apa yang aku rasa. Mungkin aku dah 22 so dia punya tahap frust tu macam orang yang matang? matang la sangat. 

Bukan senang aku nak heal from the heartbroken ni. Tapi kekuatan aku mula2 susah gila .. HAHA but now bila aku ingat .. rasa macam nak gelakkan diri sendiri. 2 minggu macam orang xde pedoman dok meratap menangis pasal lelaki? haha kau tak rasa aku bodoh tahap apa? Tapi siapa tak sedih ork? haha so chill aku nak cerita pasal macam mana aku bangkit and terus boleh move on never turn back to that guy? omai ..macam tak layak je nak panggil guy. HAHA maybe boleh panggil gay? ok enough Aida. bila kau asik melihat pada kebencian dan kemarahan kau.. kau akan menyalahkan dia dia dia dan dia

 Tapi apa aku boleh cakap.. everything happen for a reasons. dan im the one that bersyukur gila sebab Allah masih sayangkan aku sebab aku dipertemukan dengan orang yang salah dan dari situ aku nampak diri aku yang serba kekurangan ni. Aku sepatutnya ambik iktibar... sebab banyak sangat hikmah yang aku dah boleh nampak. But actually banyak lagi hikmah bila Allah tarik sesuatu yang kau rasa tu terbaik untuk kau. 

rujuk pada surah Al-Baqarah ayat 216

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu"


Lama jugak aku nak move on sebenarnya.. aku bukan baik mana. Tapi aku sedar bila aku mula mendekatkan hati pada Allah ..dan menjauhkan hati dari mengingati benda tak sepatutnya aku jadi lebih tenang. InsyaaAllah aku sedang berusaha dalam banyak perkara. Tak perlu aku cerita semua benda. 


dan terlampau banyak soalan2 yg aku sendri tak mampu nak jawab..

"why tak kerja.."
"bila nak kerja"
"alehh kau malas ni"
"diploma kau rendam je.. tak pun campak je.. cam tak guna je"


KAU rasa... aku nak ke jadi macam ni? tapi aku percaya rezeki tu Allah dah tentukan.. dia akan tunjukkan jalan bila aku betul2 dah sedia nak bekerja. Aku perlukan masa... masa dalam cari diri aku semula. Bukan sebab aku masih dibayangi masa silam.. tapi aku perlukan masa untuk persiapkan diri sendiri..

when i said "im not feeling well" " aku demam" "aku tak berapa sihat"
dan apa aku cakap semua tak pernah x jujur. 

dan kau boleh cakap apa sahaja yang kau nak cakap. Aku tak perlukan belas simpati.. aku x perlukan sesiapa tuk cek aku demam ke tak.. aku sakit apa.. i dont need it at all.. Apa aku tahu aku ada parents and family yang belum pernah mendesak aku . Dan mungkin 2, 3 sahaja kawan dan aku namakan dia sahabat yang sentiasa ada.. dan mungkin aku rasa hanya "kau" seorang sahaja yang sentiasa x jemu melayan aku... memberi nasihat dan xpernah bagi aku rasa mcam yang lain pernah bagi kat aku. 


Dan sekarang aku sedar.. Allah pemilik segala-galaNya. 

tak perlu nak jeles bila kawan2 kau upload gambar kebahagiaan mereka dengan yang bukan halal. dan xperlu rasa down bila kawan2 mula merancang untuk bertunang ..or untuk berkahwin..


percayalah Allah sayangkan semua hambaNya. Setiap apa yang kiita lalui semuanya ujian tak kira kau bahagia.. kau sedih kau kecewa.. kau berjaya semua tu ujian untuk melihat dimana terletaknya hati kau bila kau ada dalam semua situasi ni.. Tapi apa pun dalam hidup ni.. ingat lah Allah.. jangan pernah leka..jangan cakap cukup kau solat.. kau cukup puasa dah melambangkan hati kau kuat iman.. tak tak tak.. kau kena tengok balik semua tu..ikhlas atau tak. sebab aku banyak belajar dari pengalaman aku sendiri.. So wakeup girls. 

:)


==" hehehehehehe =="

No comments:

Post a Comment